Ku terduduk
lama,
Suasana hening
di sekelilingku,
Ku mendongak
ke langit,
Dan air
mata mulai berlinangan di kelopak mataku.
Hatiku sebak,
Memikirkan dosa
dan salah silap yang menggunung tinggi,
Memikirkan nikmat-nikmatNya
yang telah kukufuri.
Aku telah
melampaui batas,
Lalai dan
tidak bernas,
Dalam mengurusi
masa,
Yang terasa
amat laju putarannya,
Dan aku
seperti ditinggalkan sendirian,
Bersama dosa-dosaku.
Aku merenung
jauh,
Mengenang
coretan-coretan cerita,
Yang terasa
indah dalam kamus hidupku.
Terngiang-ngiang
pesanan ibu bapaku,
Terpancar wajah-wajah
naqibah dan ahli usrahku,
Terbayang bibir-bibir
sahabat-sahabatku,
Mereka seru
ayat-ayat cinta Tuhanku,
Dan mereka
tidak pernah jemu,
Memimpin
tanganku,
Memegang erat bahuku,
“Agar kau
sentiasa berada di jalanNya Raihana,
Agar kau
thabat dan istiqamah di jalanNya, Raihana.”
Kutundukkan
wajahku,
Wajahku yang
hina,
Menghadap Tuhan
Yang Maha Esa.
Ya Tuhan,
Engkau kurniakanku
ibu bapa yang menyeruku kepada agamaMu,
Engkau kurniakanku
sahabat-sahabat yang mengingatiku kepadaMu,
Namun aku
seperti manusia yang tidak mengenang budi,
Yang tidak
tahu membalas dengan kemuliaan budi pekerti,
Aku tidak
akur pada perintahMu,
Aku lalai
dengan pesanan-pesanan mereka yang aku sayang,
Aku tidak
menghargai nikmat-nikmat pemberianMu,
Aku manusia
hina!
Aku manusia
berdosa!
Ya Allah,
Masihkah ada
ruang untukku?
Bulan yang
amat mulia bakal tiba,
Dan jiwa
ragaku masih kotor,
Jauh sekali
aku mahu berada di landasan yang tidak Engkau redha
Jauh sekali
aku mahu terus menerus berada dalam kelalaian
Jauh sekali
aku mahu mati dalam keadaan hina dan berdosa
Ya Rahman,
Ujian dan
dugaan yang Kau beri,
Jadikanlah kesemuanya
seperti genggaman-genggaman tangan yang berjuta,
Yang memberikanku
kesedaran disebabkan pukulan yang tak terhingga,
Amat sedih
sekali nasibku,
Jika ujian
dan dugaan yang besar ini masih tak mampu menyedarkanku.
Ya Allah,
Aku datang
kepadaMu,
Mengharapkan
rahmat kasih sayangMu,
Aku yakin,
Meskipun hatiku
terlalu hitam,
Meskipun jiwaku
terlalu rosak,
Dek kerana
dosa dan salah silapku,
Aku yakin,
Aku masih
berpeluang mendapatkan rahmatMu!
Aku yakin,
Kasih sayangMu
terbentang luas seluas lautan!
Buatku.
Aku yakin
Engkau masih sayang padaku.
Ampunilah aku
Ya Ghofur,
Aku seorang
pendosa.