Prologue
"Berbicara Dengan Waktu" - www.langitilahi.com (Hilal Asyraf) {Langit Ilahi 2 Kembara Hamba Mencari Cahaya pg 6 - 9}
"Mungkin waktu boleh melapangkan dirinya sedikit untuk anda jika anda berbicara dengan baik kepadanya"
Masa itu berjalan dengan pantas. Maka ramailah manusia yang menjalani kehidupannya dengan sia-sia kerana dia tidak mengambil berat mengenai masa. Allah berfirman dalam Quran yang bermaksud:
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.." (al-Asr: 1-2)
Allah sendiri bersumpah dengan masa, kemudian mengaitkannya dengan kerugian manusia, Nyata-nyata disini manusia rugi kerana tidak mengisi kehidupannya dengan baik.
Dariapada pembelajaran tentang Fiqh Awlawiyat, fiqah keutamaan, saya mendapat satu kebolehan. Iaitu berbicara dengan waktu. Bagaimana? Hidup ini perlu disusun dengan baik. Yang utama perlu diutamakan, yang penting perlu didahulukan dan yang tidak urgent dilewatkan. Penyusunan itu adalah untuk kita mengelak daripada membazir masa atas perkara yang tidak penting, sehingga meninggalkan perkara yang penting.
Kemudian saya cuba menyusun kehidupan saya. Akhirnya saya terkejut. "Banyaknya masa yang aku ada.. " Itulah yang terkeluar daripada mulut saya apabila pertama kali menyusun kehidupan saya. Sehingga kini pun saya masih boleh mempunyai banyak kerja, tetapi tidak menggangu hidup pun. Semuanya kerana berbicara dengan waktu.
HIdup ini ada 24 jam. Jika anda perhatikan manusia biasanya akan tidur selama 6 jam sehari. Maka sehari masih ada baki 18 jam. 18 jam.. terlalu banyak. Anda boleh isi dengan pelbagai perkara, lebih-lebih lagi ketika hujung minggu atau musim percutian.
Apabila kita menyusun hidup kita, menyusun aktiviti kita, merangka perancangan hidup kita dengan baik, kita akan lihat sebenarnya dalam kehidupan kita mempunyai ruang yang luas untuk diisi. Kita juga mempunyai waktu yang banyak untuk digunakan.
Anda lihat Rasulullah s.a.w. Baginda seorang pendakwah, seorang bapa, hakim, kepala negara, suami, seorang sahabat, kepala perang, dan hamba kepada Allah. Namun dalam kesibukannya, Baginda sempat lagi berlumba lari dengan Aisyah R.A, baginda sempat lagi bergaul dan makan dengan orang miskin, baginda sempat lagi menjahit baju dan terompahnya yang terkoyak. Baginda sempat pula duduk lapang dengan isterinya, bercanda dengan sahabat-sahabatnya dan memberi penyampaian. Baginda masuk punya masa menjadi imam setiap waktu solat dan masih lagi ada masa untuk menyebarkan Islam kepada orang kafir. Nah.. itu belum dikira lagi ibadahnya.
Bagaimana? Bukankah masa hidup Rasulullah s.a.w 24 jam juga?
Baginda mampu melakukan pelbagai hal, berbagai perkara dan semua perkara itu bermakna. Rasulullah s.a.w merupakan contoh terbaik dalam mengagihkan masa. Kerja-kerjanya tidak tertangguh, semuanya terlaksana. Pada yang sama, segala hak Baginda penuhi. Hak kepada masyarakat, hak kepada keluarga, hak kepada dirinya dan kepada Allah s.w.t.
Apakah tip Rasulullah s.a.w?
Baginda bersabda yang bermaksud : " Daripada kebaikan Islam ialah seseorang itu meninggalkan apa-apa yang tidak berguna padanya (tidak bermakna)."
Adakah anda tidak teringin berbicara dengan waktu? Mungkin waktu boleh melapangkan dirinya sedikit untuk anda jika anda berbicara dengan baik kepadanya.
> Absorb every words. Understand every single meanings. This worth a lot. To us especially. Us muslims. We've got work to do people. Our central objectives are two: being His caliph, leaders, and His 'abd, His slave.
Take care.
No comments:
Post a Comment