(Note: Cerita bukan fiksi ini ditulis dalam bahasa santai)
I.
Curahan Hati Seorang Kakak, Perempuan, Hamba, - Manusia
Terganggu
fikiran saya sewaktu telinga terdengar akan perkataan ‘buli’. Hati terus
‘kembang-kempis’ dengan kemarahan, benci, rasa terganggu yang amat sangat, dan
benci. Did I mentioned ‘benci’ twice? Aha, well kalian dapat ‘agak’ rasanya
betapa bencinya saya kepada buli. So here are my ‘curhat’, if you readers don’t
feel like reading this piece of whatever-you-wanna-call-it, please, I don’t
force you guys. But if you do, please, be my guest, and be prepared to be
‘surprised’ with the ‘tegas’ or “ka-sar” side of me.
Ada apa saya
dengan buli? Kalau soalan ini membawa maksud apa hubungan saya dengan buli ini?
Adakah saya pernah dibuli? Siap buat ‘non-fiction’ lagi, khas untuk tajuk BULI.
Tidak. Saya tidak pernah dibuli, atau berada dalam situasi buli, well at least
what I’m aware of, tak pasti samada situasi buli pernah berlaku secara langsung
atau tidak dalam hidup saya. Kalau setakat kawan-kawan, ‘geng’ sendiri menyakat
suruh ambik itu ini, jadi ‘bibik’ sebentar itu bukan buli. In my perspective,
bully occurs when a person who present himself as someone who dislike you or
loathe you in some way and for some certain known or unknown reasons, conduct
certain acts that could underestimate you, belittled you, probably harm you,
force you to do actions that you never want to commit them voluntarily.
Ini
persepsi saya. Tidak perlu buka kamus, or jumpa Pak Cik Google bagai, sebab
kalian semua akan didedahkan dengan maksud buli yang sebenarnya nanti. So
anyway, why a person who has never been bullied in her life, have such a
“grunge” against bully? Orang lain yang
kena, lantak pi lah dorang, yang kau nak sibuk, jaga tepi baju orang lain apa
pasal? Yang kau nak sibuk jaga tepi baju aku sebab aku nak sibuk pasal
hidup orang lain apa pasal? (Well, just in case soalan sedemikian timbul
sejenak di fikiran) Sebab, sebab apa saya sibuk sangat nak jaga tepi kain
orang, nak tunjuk concern “konon”, siap nak buat non-fiction lagi, siap
ber”jilid” lagi, sebab saya benci buli. Ya, amat sangat benci pada buli.
“Jilid” ini
hanya curahan hati saya tentang buli. Mungkin kalian tidak setuju dengan
beberapa perkara yang saya bakal ‘hujahkan’, tetapi “jilid” yang lain saya akan
bawakan fakta, insha Allah, khas buat tatapan kalian semua, para pembaca yang
dirahmati Allah.
Tak ingat
sejak bila buli tu jadi satu benda yang ‘vital issue’ untuk diambil kisah. Tapi
yang pastinya saya sedar akan buli, dan tahu buli boleh berlaku dimana sahaja, terutamanya,
sekolah. Alhamdulillah, di sekolah rendah masalah buli ternyata bukanlah
masalah yang dominan, in fact, takde langsung tak silap, atau mungkin saya tak
sedar jika ia berlaku. Lagipun masa sekolah rendah dulu, saya ni agak kasar
dengan namanya lelaki. Sewaktu saya berumur 9 tahun, mak cik saya terpaksa jaga
‘rahsia kecil’ saya; kaki kiri dan kanan bengkak, banyak kesan lebam, gara-gara
“main tendang-tendang” dengan seorang mamat ni. ‘Rahsia kecil’ sebab kalau mak
ayah, especially ayah saya jika mereka tahu, “habislah” mamat tu. Ya, dia
tendang saya sebab saya tendang dia. Saya ingat dia akan kesian kat perempuan,
tak tendang kuat sangat, tapi sebaliknya yang berlaku =.=” Saya pun tak pasti
apa salah mamat tu sampai setiap kali jumpa dia je rasa nak tendang kaki dia
sekuat hati. Tapi apa yang saya ingat, dia selalu bajet ‘macho’ (meskipun
perkataan tu saya belajar bertahun kemudian). Bila imbau kembali kenangan zaman
sekolah rendah, wah terlalu banyak untuk dikongsi, nanti kalau dipanjang
lebarkan cerita, tak jadi la nak cerita pasal buli ni, so tangguh dulu ya.
Ok
so back to where I’m going before, my primary school years were clean from
bully. But my first half of my high school experience, form 1 – form 3, kes
buli ada la banyak diperkatakan. Tak pernah lihat dengan mata kepala sendiri,
tapi pernah dengar. Sekolah saya masa tu sekolah harian, tapi ada hostel bagi
yang duduk jauh, or sesaje nak duk hostel pun boleh, and di hostel la ada kes
buli ni. Di sekolah, ada beberapa, senior buli junior, suruh beli rokok etc,
tapi buli sampai tumbuk-tumbuk tu takde, alhamdulillah, mereka yang membuli
masih ada sinar hidayah disitu. Kes tumbuk menumbuk di sekolah masa tu, banyak
berlaku ‘persengketaan’ yang dimana puncanya nak rebut seorang gadis idaman.
Pfft. Ya begitu “drama” sekali. Form 4 – form 5, saya berpindah ke sekolah
berasrama, ternyata lebih dominan kes buli di situ. Sebelum saya teruskan
‘perbicaraan’, saya ingin menegaskan entry blog ni bukan untuk memburukkan nama
sekolah, atau memburukkan reputasi mana-mana pihak, rakan-rakan sekolah yang
baca entry ni, saya mohon kalian jangan terus “maki hamun” or naik darah dengan
saya, sebab saya bukan nak bangkitkan ‘isu-isu lama’, tetapi tajuk buli
sememangnya satu tajuk yang saya amat sekali ingin ‘bahaskan’, untuk kita semua
buat perhitungan terhadap “aktiviti” ini. Anyway, my friends, the past is the
past, and I’m not pin pointing at anyone.
Perkataan
buli merupakan antara topik yang hangat di telinga saya masa mula mula berada
dalam suasana asrama. Saya tahu buli banyak berlaku. TV banyak membantu
paparkan situasi. Cuma perbezaannya disini bila kita berada dalam satu
persatuan yang dimana buli itu jadi “adat resam” disitu. So untuk para pelajar
yang dah bertahun di asrama, buli tu perkara yang lali, yang tak perlu diambil
endah. Kecuali kalau sampai tahap serious. Para guru masih menjalankan tugas
mereka, menjaga keamanan sekolah, namun apakan daya, bila senja tiba, para
pembuli turut tiba (haha pfft). Kes buli yang sering berlaku biasanya
melibatkan senior dan junior, junior pula mereka yang masih mentah lagi di alam
asrama. And banyak berlaku kepada kaum lelaki. Alhamdulillah kaum perempuan
tiada kes buli, tapi expect ‘respect’ daripada junior tu sudah mesti. Not all
seniors involve themselves with bullying. Setakat suruh ambik air, makanan tu
boleh lagi. Nak suruh gosok baju? Bebudak tu pun ada baju dorang belambak
jugak, tapi takpe boleh tahan lagi. Lagi, apa lagi? Ok, saya akan nyatakan
beberapa fakta, ya fakta yang saya perolehi daripada rakan-rakan, tentang
pelbagai jenis bentuk buli yang berlaku di sekolah asrama mahupun sekolah
harian. Atau mungkin hanya olahan cerita, “mitos”, saya pun tak pasti, tapi apa
yang saya yakin rakan-rakan yang menyumbang cerita tidak akan exaggerate dalam
kes kes buli ni.
Dah berlaku memang begitu, begitulah hakikatnya. So, para
pembuli suruh basuh baju? Basuh seluar *****? TAKDE MARUAH KE? Sekarang ni kita
kena open-minded, and tidak salahkan sekolah tertentu, sebaliknya terima
hakikat buli berlaku di mana-mana sekolah pun. Ya, sampai nak suruh basuh seluar dalam? Eh silap, seluar *****? :B EH
PEMBULI, INI DAH TERLEBIH DOS DAH NI. KAU INGAT DIORANG NAK SANGAT KE PEGANG
SELUAR KAU TU? DAH TAKDE MARUAH NAK SURUH ORANG LAIN BASUH? KAU INGAT DIORANG
TU RENDAH SANGAT KE, SAMPAI TAHAP BOLEH PEGANG, BASUH SELUAR SUME? Ini dah
melampau. Ada sampai bakar, ya saya ulang BAKAR, junior punya seluar ***** di
tengah-tengah “courtyard” asrama tu, buat tontonan umum, pas percuma. Pastu
gelak beramai-ramai, malukan bebudak tu, para pembuli yang paling hodoh bunyi
gelak mereka, berdiri angkuh di satu sudut (bayangan imej di kepala saya). Ha
molek sangat la tu, moleeeekkkkk sangat.
Eh ini cerita tulen ya kalian semua,
source saya sahih punya. Tak puas lagi, suruh bebudak beli rokok, lompat pagar
malam-malam buta, tak ambik peduli homework bebudak tu yang melambak esok kena
hantar, yang pasti batang rokok ada siap “beratur” dihadapan mata. Kalau kena
tangkap dengan polis, cikgu disiplin ke, itu
nasib engkaulah, sape suruh bodoh sangat bagi dorg nampak kau? Pastu ada
kes yang bebudak kena “hadiah istimewa”, tangan cap seterika panas! Sebab apa
dapat “hadiah (terlebih)istimewa” ni? Sebab tak beli rokok. Ada yang mintak
duit belanja bebudak tu. Ha memangla sume budak juniors kau tu anak tauke
balak! Anak menteri, kaya raya. Dan saya tak bermaksud anak orang kaya pun
wajar dbuli. No one deserves to be bullied. Dan yang paling dahsyat, buli
sampai bawa maut. (fikir-fikirlah sendiri!)
Saya tak
faham. Memang tak faham. Apa sebenarnya dendam kesumat yang ada dalam hati para
pembuli? Kalau tak dendam pun, apa sebenarnya yang bermain di benak fikiran
mereka, dalam hati mereka? Dah takde hati perut kah? Dah takde perikemanusiaan
kah? Dah tak ingat dosa pahala? Kau ingat diri kau tu besar, saya ulang
BESAAAAAR sangat, sampai lupa ALLAH YANG MAHA BESAR? Kau ingat Allah tak
melihat apa yang kau buat? Kau sedar tak kau aniaya manusia? Kau sama macam
dia! (mereka yang dibuli) Asal keturunan dari tanah! Weh, pangkat darjat besar
mana pun kau, kau tetap asal dari tanah, dari air mani yang hina. Tak percaya?
Bukak al Quran. Paling senang, jumpa Pak Cik Google, kalau dah susah sangat nak
pegang, baca al Quran tu. Ya, mungkin bagi “para pembuli” di luar sana
merasakan saya berat sebelah dalam membicarakan isu ni, tak ambil peduli hujah
daripada mereka. Untuk “jilid” ini, ya, saya mungkin berat sebelah. Dah nama
pun curahan hati, memang dah ni yang saya nak luahkan, acane? Untuk “jilid”
yang seterusnya, akan ada ‘sesi khas’ buat kalian (para pembuli). Cuma saya nak
ingatkan kembali, kita semua, manusia yang serupa, tiada beza, rupa, harta,
pangkat bukanlah satu ukuran, sebaliknya taqwa. Saya bukanlah seorang yang ‘alim
dalam bidang agama, tetapi saya cuba untuk beramal dengan ilmu yang saya sedia
ada. Ingatlah rakan-rakan, hidup ini terlalu pendek untuk sebuah kerugian.
Sebuah kerugian yang besar terhasil daripada pembulian. Ingatlah!
Rakan saya
pernah berkata; Kita buli sebab senior
dulu pun buli jugak! Alah, setakat nak toughen up bebudak ni, bukannya teruk
pun! Ya, tak teruk, tak sampai kena basuh seluar ***** semua, tak main
api-api, bakar-bakar. Ya, ikut the so-called ‘tradition’. Bak kata mereka
tradisi turun-kemurun, amat baik untuk diamalkan. Jadi, sampai bila? Mengikut
persepsi saya, ni dah vengeance. Revenge. Ego. Nak cuba merasakan “kepuasan”
buli tu, konon nak jadi macam ‘abang-abang’ or ‘akak-akak’ yang “cool” yang
“hebat” dulu. Jiwa taiko gitu. Kalau satu batch tu tak stop, sampai bila ini akan
berlarutan? Biarlah kalau sampai mati
pun?! Ya, biarlah sampai mati, hidup dengan akhlak yang hodoh, berakhlak
dengan akhlak yang jauh daripada akhlak junjungan besar, junjungan mulia Nabi
Muhammad SAW! Sedangkan kau kata kau Beriman kepada Allah, Beriman kepada Nabi
Muhammad Pesuruh Allah? Rasulullah SAW seorang yang berbudi pekerti, sopan
santun, berperibadi mulia, jauh daripada sifat-sifat dendam, dengki dan
sebagainya. Sebagai manusia yang mengaku sebagai para umatnya, bukankah wajar
kita cuba sedaya upaya mencontohi Baginda SAW? Kalau masih belum kenal dengan
sifat-sifat mulia Rasulullah SAW , maka ‘bertaaruflah’ dengan Baginda SAW.
Seorang yang berjiwa Muslim dengan sebenarnya, yang hidup dalam suasana Islam
yang hakiki, tidak akan berperilaku sedemikian. Kerana mereka sibuk untuk
menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang hamba Allah dan seorang
Khalifah yang melakukan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar, terhadap diri mereka sendiri
dan orang lain. Ingatlah kita, bila kita sudah capai umur baligh, dosa
ditanggung oleh kita sendiri. Dan bersama-samalah kita muhasabah diri, koreksi
diri. Ingat, dosa hukumannya Neraka. Wana’uzhubillah.
Alah, macam budak kecik, menangis kat mak bapak, mengadu
bagai! Ah, budak mentah! Kena tolak kepala sket mengadu, kena tumbuk sket
mengadu. Pastu kau heret aku jumpa pengetua la, jumpa mak bapak kau la,
terpaksa jumpa mak bapak aku sekali! Aku kena gantung bagai sebab kau lah!
PENGADU! Sejauh mana kita benci dengan pengadu domba,
atau orang yang mudah mengadu, sejauh itu jugalah kita benci kepada penzalim,
kepada penganiaya. Kita fikir mudah la. Sukakah kita jika kakak, adik, abang,
saudara-mara, rakan-karib, dibuli? Teraniaya? Kalau manusia it normal, sudah
tentu berita buli terhadap ahli yang tersayang akan mewujudkan rasa benci pada
pembuli, akan wujud rasa marah, kecewa dan sebagainya. Susahkah untuk melakukan
sesuatu pekerjaan itu dengan tangan kita sendiri? Jalan guna kaki kita sendiri,
ambil guna tangan kita sendiri? Tangan dan kaki yang Allah PINJAMKAN kepada
kita buat sementara waktu? Tetapi sebaliknya kita gunakan keduanya untuk
kezaliman. Marilah kita bermuhasabah, suatu saat nanti kita akan disoal tentang
amanah kita terhadap anggota badan yang Allah pinjamkan.
Satu lagi, kita
marahkan bebudak tu report kat mak bapak, atau mungkin dorg tak report pun, dah
mak ayah mereka “terlebih prihatin” terhadap anggota badan anak kesayangan
mereka yang ada kesan calar balar, lebam, bengkak, mak bapak mana yang tak
risau? Mak ayah yang normal akan bertindak dengan pantas terhadap isu
sedemikian. Ya, mungkin kita rasa mereka terlalu berfikiran, terlalu runsing
akan hal ehwal anak-anak, concern terlebih, over-protective, etc. Tapi selagi
kita bukan berada ditempat mereka, ditempat seorang ayah yang menyara keluarga,
yang membimbing keluarga, seorang ibu yang mengandung, melahirkan dan
membesarkan keluarga, selagi itu lebih baik kita shut our mouths up. Tak layak
untuk kita mempersoalkan kasih sayang seorang ibu atau ayah terhadap anaknya.
Biarlah mereka over-protective pun, terhadap anak-anak mereka, itu HAK mereka. Dan sudah cukup hak yang telah engkau
wahai para pembuli ambil daripada mereka dan anak mereka. Sudah cukup. Takkan
pernah seorang anak mengerti hati dan perasaan seorang ibu dan ayah apabila
melihat anak mereka dalam keadaan gelisah, runsing, atau tercedera. Mereka
lebih memahami anak-anak mereka.
Bila saya
dengar tentang kes buli, refleks saya sebagai seorang kakak ialah saya hendak
melindungi adik-adik saya sedaya upaya saya, sejauh mana yang mungkin, selagi
kudrat masih ada. Anda, wahai pembuli, letakkanlah anda dalam kasut seorang
kakak, seorang abang, kalau tak boleh cuba dalam seorang ibu dan ayah. Sukakah
kita bila adik-adik kita dibuli, dianiaya seperti kes-kes diatas? Sanggupkah
kita? Saya tak sanggup. Dan satu perkataan sahaja daripada saya jika ada yang
menyatakan sanggup melihat adik-adik mereka ‘dilayan’ sedemikian. Hmm, tapi perkataan
itu indescribable.
Jom kita
istighfar. Jom kita selawat. Sabda Nabi, "Mahukah aku beritahu kamu
tentang amal yang paling bersih di sisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat
darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal
leher mereka dan mereka pun memenggal leher kamu?" Para Sahabat menjawab,
"Khabarkan kepada kami." Rasulullah S.A.W. pun bersabda, "Zikir
(ingat) kepada Allah". (HR Hadis At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Firman
Allah, "Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di
masa berdiri, di masa duduk dan di masa berbaring." (An-Nisa' 103)
Firman
Allah, "Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama
Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi
dan petang." (Al-Ahzab 41-42)
Allah
berfirman yang bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan hati mereka
menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati
Allah hati akan menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)
II.
“Ego. Dendam. Suka-Suki”
To be continued.
No comments:
Post a Comment