Tuesday, January 8, 2013

Special 2013 Post


Bismillahirrahmanirraheem.
 
Basically I planned to post this entry last december. But unfortunately I couldn't make it. Alhamdulillah, I managed to finish typing these, so, here goes for my special 2013 welcome entry ;D Happy reading!

 

   Assalamualaikum wbt kepada semua para pembaca yang setia J Insha Allah entry hari ni saya akan bawa satu cerita yang saya petik daripada novel tarbiyah pertama yang saya baru sahaja baca pagi tadi, Cintaku Kerana Agamamu daripada Dr. Farhan Hadi. Kalau Angel Pakai Gucci baru je release satu entry yang dapat beri ‘lempangan sakti’ pada setiap individu yang membacanya, insha Allah petikan cerita yang saya ambil daripada buku ini juga dapat beri ‘tamparan hebat’ pada diri kita semua yang membacanya, saya harap, terutama buat kaum hawa.

 

  Alhamdulillah, ketenangan jiwa dapat terasa setelah membaca -walaupun tak habis lagi- buku-buku yang dapat mentarbiyah diri dan memelihara diri daripada segala yang lagha; Mazha Yakni oleh Fathi Yakan, La Tahzan oleh Dr A’id al Qarni. Saya amat galakkan anda semua untuk membeli novelet tarbiyah 2 dalam 1 terbitan Galeri Ilmu yang bertajuk Cinta High Class oleh Fatimah Syarha dan Cintaku Kerana Agamamu karya Dr. Farhan Hadi. Seriously, meskipun saya baru je baca 66 muka surat, namun setiap page buku tersebut beri tamparan yang amat hebat kepada diri saya. Rasa malu, terkesima, dan bersalah bercampur aduk dalam diri yang jauh daripada layak mengharapkan seorang bakal imam yang soleh seperti Dr. Muslih. Saya sarankan rakan-rakan sekalian untuk baca novel ni, sebab bak kata adik saya yang sudah pun merasmikan buku ni terlebih dahulu daripada saya, dia comment tarbiyah dalam buku ni amatlah mendidik diri, dan dia siap tambah lagi menginginkan ‘baitul muslim’ sepertimana yang digambarkan dalam novel ni.

 

Petikan yang saya ingin kongsikan ni lebih menjurus soal hubungan perempuan dan lelaki. Dr. Muslih baru je dapat sepucuk surat cinta daripada seorang secret admirer. Tapi disebabkan dia sedang sibuk bercinta dengan ilmu, dia menolak cinta manusia yang tiada kepastian itu.

 

Maaf wahai kaum hawa yang kusanjungi jika aku menanggap tindakan seumpama ini mengurangkan sedikit martabat malu seorang wanita. Jika aku ingin beristeri, aku tidak mengharapkan seorang wanita yang begitu senang menawarkan dirinya kepada mana-mana lelaki dengan cara seperti ini.

Aku lebih sanggup meredah samudera mencari mana yang suci lagi terpelihara. Secara psikologi, beginilah jiwa lelaki, sentiasa inginkan cabaran. Maaf, jika ada segelintir orang yang tidak bersetuju. Tiada paksaan untuk menerimanya. Mungkin ini cuma pendapat peribadiku. Impak sesebuah pemilihan nanti masing-masing menanggungnya sendiri. Pilihlah.

Aku menghargai wanita sebagai pelengkap hidup lelaki. Masing-masing mempunyai keunikan tersendiri. Wanita bukanlah diciptakan semata-mata untuk memuaskan pendapat lelaki sehingga mereka tidak berhak memiliki kemahuan sendiri.

Wanita memiliki kecerdasan untuk menyumbang kepada keluarga dan masyarakat sebagaimana lelaki. Demikian juga wanita memiliki kekurangan dan kelebihan seperti lelaki. Itu yang kufahami tentang makhluk istimewa bergelar wanita daripada buku Abdul Halim Abu Syuqqah bertajuk Kebebasan Wanita Pada Zaman Risalah beserta dalil-dalil yang kuat.

Kuakui, memilih itu bukan hanya hak lelaki. Wanita juga berhak memilih. Aku menyokong jika wanita ingin memulakan dahulu. Tiada masalah. Cuma, menggunakan orang tengah itu lebih bersopan. Lebih menepati sifat gadis Muslimah dan budaya Timur.

Lihatlah beradabnya Sayidatina Khadijah menggunakan khidmat maisarah dan seorang sahabiah apabila tertawan kepada Muhammad ibn Abdullah. Bukankah sebagai majikan beliau boleh memanggil dan berjumpa sendiri dengan pekerjanya?

Lihatlah pemalunya puteri Nabi Syuaib yang memuji sifat kuat dan amanah Nabi Musa di hadapan ayahnya. Hingga si ayah menghidu puterinya menyukai Nabi Musa. Lalu, disatukan mereka.

Jika seorang wanita sekadar ingin menyatakan hasrat hati lalu menawarkan diri, harus baginya. Ia pernah dilakukan oleh sebahagian sahabiah sebagaimana diceritakan oleh Allah SWT dalam surah al-Ahzab, ayat 50. Semuanya ditolak Nabi kecuali janda bernama Maimunah.

Dalam hadis riwayat Bukhari pula diceritakan tentang wanita yang menawarkan dirinya kepada leaki soleh. Puteri Anas mengutuknya sebagai tidak malu. Anas membela wanita itu yang sukakan seorang Nabi.

Jika tidak mahu menggunakan orang tengah … ya, boleh mulakan dulu dengan cara penuh adab. Nyatakan hasrat hati. Noktah. Jangan dilagha-laghakan dengan mengajak melalui surat, e-mel, SMS, telefon dan chatting.

 

Namun tiada paksaan buatmu jika tetap ingin memberanikan diri mengurat lelaki dengan mengajaknya terjun ke dunia khayalan. Itu pilihanmu. Aku cuma memberi pandangan. Jangan terkejut jika tawaranmu ditolak oleh lelaki yang baik-baik.

Aku teruja pada kata-kata Sayidatina ‘Aisyah r.a. ketika ditanya ciri-ciri wanita mulia, “iaitu wanita yang tidak dikenali dengan perkataan yang mengaibkan (mulut celupar) dan tidak terpedaya dengan tipu muslihat lelaki.

Bagiku, wanita solehah perlu arif tabiat kebanyakan lelaki. Otak mereka licik dan suka mengambil kesempatan. Wanita yang senang dimiliki, senang pula dipermainkan dan dipersiakan. Wanita yang berhati-hati akan mendapat nilaian yang tinggi.

Wanita yang bijak dapat dikenal daripada bijaknya dia menangkis tipu muslihat lelaki. Itu sifirku. Jika wanita sebegini dijadikan isteri, dia akan bertindak bijak dalam melaksanakan amanahnya. Ciri-ciri wanita sebeginilah yang terlukis dalam impian hidupku.

Aku ingin melangkah ke syurga perkahwinan dengan mengecap cinta, kasih sayang dan ketenangan. Aku tidak mahu berkahwin tanpa memahami kaedah yang betul untuk bahagia. Akibatnya, perkahwinan menjadi penjara cinta yang menyesakkan dada. Dipertahankan hanya kerana kasihan. Anak-anak tertekan melihat ibu bapanya tidak berkasih sayang.

Inilah akibat perkahwinan bagi orang-orang yang menjadikan rumah tangga medan cuba-cubaan atau perjudian. Rasa bahagia atau tidak diserahkan pada takdir yang menentukan tanpa diri sendiri berusaha menciptakannya.

Usaha untuk bahagia itu pula perlu bermula daripada pemilihan pasangan hidup yang tepat. Aku inginkan insan yang terpelihara. Aku tidak mahu berkahwin hanya kerana sebab-sebab murahan seperti sudah terlanjur bercinta, kasihankan insan yang diberikan harapan, puas hidup membujang atau desakan sesiapa. Kata Ibnu Qayyim, “Cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab.” Kuingin mencintainya kerana Allah. Lantaran aku yakin Allah tidak akan lenyap.

Istikharahku menambahkan kekuatan. Hatiku tidak cenderung kepada mereka. Aku yakin kerana belum seusai masanya. Mungkin juga kerana aku belum bertemu si mawar agama. Aku mesti amanah meletakkan sesuatu pada tepatnya. Cintaku kini dengan ilmu dan perjuangan. Biarlah prioriti cintaku berjalan lancar satu demi satu. Tidak mahu nasibku nanti ibarat Mat Jenin, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.

Aku mengambil buku di hadapanku lalu menciumnya. Kening kananku terangkat. Kujeling ke kanan dan ke kiri. Malu juga jika ada orang yang nampak. Tidak kisahlah.

‘Buku. Aku sedang sibuk bercinta denganmu kerana Allah. Aku tidak ada masa untuk cinta-cinta yang lain,’ Kataku lagi dalam hati.

 

 

No comments:

Post a Comment