Gadis petah berkata,
Gadis banyak ragamnya,
Gadis seronok hingga alpa,
Gadis lupa dia hamba,
Gadis ada ilmu fard dalam dada,
Gadis bersuara perihal agama,
Gadis cakap tak serupa bicara,
Gadis sedar dia manusia,
Gadis pelupa hati penuh dosa,
Gadis langkahnya ada masa, tiada makna,
Gadis kurang bijaksana,
Gadis lemah tak bermaya,
Gadis lalai dengan nikmat dunia,
Gadis kurang bersyukur begitulah gamaknya,
Gadis masih berusaha sebaiknya,
Gadis tak ingin lagi leka,
Gadis ingin bangkit dari lena,
Gadis harus sedar umur tamat entah bila,
Gadis harus sedar tanggungjawab terhadap ibu bapa,
Gadis harus sedar dunia ini fana,
Gadis harus sedar dunia ini sementara,
Gadis harus sedar akhirat kekal selamanya,
Gadis harus sedar Tuhan Maha Melihat segalanya,
Gadis harus lebih bijak urus dirinya,
Gadis harus teguh imannya,
Gadis harus kuat lawan nafsunya,
Gadis harus kuat lawan bisikan syaitan durjana,
Gadis harus jadi solehah kerana Tuhannya,
Gadis terima segala teguran buatnya,
Gadis berkata “tegurlah aku wahai sahabat semua,
Gadis berkata “ingatkanlah aku masa mendahului usia,
Gadis berkata “masa takkan menunggu kita,
Gadis berkata “masa mudaku kan ditanya olehNya,
Gadis berkata “tegurlah aku jika aku lalai dan leka,
Gadis berkata “tegurlah aku, aku tidak mahu lemah sentiasa,
Gadis berkata “jiwaku ibarat kaca,
Gadis berkata “jika terjatuh meskipun sedikit kan terkesan
jua,
Gadis berkata “aku perlukan sahabat yang membimbingku di
jalanNya,
Gadis berkata “peganglah aku erat wahai sahabat semua,
Gadis berkata “moga Allah ampuni dosa kita,
Gadis berkata “moga Allah lindungi kita,
Gadis berkata “moga Allah anugerahkan ketenangan jiwa,
Gadis berkata “moga Allah tetapkan hati kita pada agamaNya.”
--Gadis ini namanya Raihana.
Gadis positif mindanya
ReplyDeleteGadis beraura ceria
Gadis penyejuk mata
Gadis penenang jiwa
Gadis hikmah bicara
Gadis berani bersuara
Gadis pantas mengambil acara
Gadis kebanggaan mama baba
Gadis idaman mertua (ehh? :D)
Gadis kegemaran teman semua
Gadis ini namanya Raihana :)
Mengapa harus lihat dari sudut kelam, andai masih ada ruang terang?
Semoga ALLAH memberkati Raihana! <3