A short post of meaningful quotes I took from the book, Ingatlah Tempatmu di Akhirat, author Tuan Guru, for all of us to think and for self improvement insha Allah.
"Ada enam perkara yang manusia perlu percaya atau beriman;
yang dipanggil rukun iman. Akan tetapi harus diingat bahawa rukun tersebut,
tidak cukup sekadar faham, malah hendaklah sampai ke peringkat percaya.
Bagaimana untuk mengetahui sama ada seseorang itu percaya atau tidak ialah
dengan melihat kepada segala perbuatan dan amalan mereka.
Kaki, tangan, mulut, lidah dan seluruh anggota pancainderanya
akan menzahirkan keimanan itu"
-pg 73-74
"Sesungguhnya tidak ada sebab untuk manusia 'makan gaji' dengan syaitan
kerana syaitan bukanlah pencipta manusia.
Syaitan tidak mencipta bumi tempat manusia berpijak,
tidak mencipta langit tempat manusia menjunjung,
tidak mencipta udara untuk manusia bernafas,
bahkan tidak mencipta apapun.
Bahkan syaitan itu sendiri dicipta oleh Allah s.w.t
Bahkan syaitan itu sendiri dicipta oleh Allah s.w.t
sebagaimana manusia yang dicipta olehNya."
-pg 80 - 81
"Niat menjadi asas untuk menentukan sama ada perbuatan itu akan diterima atau ditolak
oleh Allah s.w.t. Walaupun ia perbuatan yang pada zahirnya adalah baik,
tetapi andai niatnya bukan ilhlas lillahitaala, maka ia tetap sia-sia di sisi Allah s.w.t.
Ia tidak akan memberikan manfaat sedikitpun kepada mereka yang melakukannya."
-pg 42-43
Kasih Allah s.w.t., Sayang Hamba

(Hud : 9) "Dan jika kami berikan kepada manusia suatu rahmat (nikmat)
daripada kami, kemudian rahmat itu kami cabut daripadanya,
pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih"
(Al - A'raf : 157) "Dihalalkan kepada mereka perkara yang baik,
dan diharamkan kepada mereka perkara yang buruk."
(Ibrahim : 7) "Sekiranya kamu bersyukur, pasti akan aku tambahkan kepada kamu.
Sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azabku memang hebat (pedih)"
"Kalau kita bertuhankan benda yang lain, itu menandakan kita tidak faham apa itu Tuhan
dan tidak mengetahui untuk apa benda itu mereka jadikan sebagai Tuhan."
-pg 104