(1)
۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞ Surah Al-Kauthar dapat meleraikan segala perbalahan.
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
(2)
Riwayat Abu Hurairah radhiallahuanhu katanya:
"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara,
aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir,
dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin,
dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
ISLAM KITA DI MANA?
"Tak elok bercakap hal dunia dalam rumah Allah. Kurang pahala nanti…"
"Tak payah lah bercakap hal agama dalam pejabat. Dalam masjid dah lah..."
✿Adakah SEKADAR di masjid dan surau? Islam kita di mana?
"Nak solat kenalah tutup aurat. Nanti tak sah."
"Panaslah nak tutup aurat kat luar ni. Malaysia ok, so hot and spicy!"
✿ Adakah ketika IBADAH KHUSUS sahaja? Islam kita di mana?
"Nak exam kenalah jaga solat, banyakkan berdoa, stop sekejap dating."
"Alah... Exam lambat lagi. Nanti-nantilah study, solat lambat pun takpe."
✿ Adakah ikut MUSIM? Hamba Allah atau hamba exam? Islam kita di mana?
"Masa akad nikah I nak pakai tudung. Lagipun akad nikah dalam masjidkan.."
"Untuk sanding, I nak baju design berbelah sini sikit, sini sikit. Sekali seumur hidupkan..."
✿ Adakah hanya ketika LAFAZ SAKINAH? Islam kita di mana?
Ambil yang kita suka, guna hanya di mana kita nak?
Atau mungkin Islam kita hanya dalam KAD PENGENALAN?
> Kita ibarat menganak-tirikan agama.
Bukankah Allah telah MENGINGATKAN kita dalam firmanNya yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang BERIMAN, MASUKLAH kamu ke dalam Islam KESELURUHAN, dan
JANGANLAH kamu turuti langkah-langkah syaitan.
Sesungguhnya syaitan itu MUSUH yang NYATA bagimu."
(4) ~Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot... ”.
اَللّهُ menjawab : “ Jika Aku menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah " (QS 36 : 82).~Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku ... ”.
اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” (QS 2 : 286).
~Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa ... ”.
اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (QS 13 : 28).
~Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat... ”.
اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama dengan kita " (QS 9 : 40).
>>>Segala masalah kita, persoalan kita, sudah terjawab oleh ALLAH, semoga Allah kuatkan hatimu dan hatiku.... dan kuatkanlah hatimu kerana Allah.