aku manusia biasa, ada masa suka melontarkan kata-kata, bukan dengan berbicara, tetapi dengan pena -Juliet, 20
Friday, December 31, 2010
The Silent Pray
" Ya Allah, ampunilah dosa-dosa hamba Mu yang banyak melakukan khilaf ini, ampunilah dosa-dosaku yang telah banyak menzalimi diri. Ya Ghafur Ya Raheem. Sesungguhnya tiada yang mampu untuk mengampunkan dosa-dosaku melainkan Engkau Ya Allah. Ya Allah, jika PLKN ialah tempat yang terbaik untukku, maka Kau izinkanlah aku untuk meredhainya. Ya Allah, kau jadikanlah tempat itu tempat untuk aku makin dekat padaMu. Mudahkanlah urusanku dan usrusan kawan-kawanku yang turut serta menjadi pelatih dalam PLKN nanti Ya Allah. Mudahkanlah kami untuk menunaikan solat dengan sempurna dan bersih, yang khusyuk dan terimalah segala amal ibadat kami Ya Allah, dimana saja kami berada. Ya Allah Ya 'Alim, peliharalah kami daripada lalai dari mengingatiMu. Mudahkanlah kami untuk meneruskan pembacaan kitab Mu setiap hari seperti selalu. Peliharalah kami meletakkan perkara lain menjadi keutamaan kami selain daripada Mu Ya Allah. Ya Allah, lindungilah kami, peliharalah kami, selamatkanlah kami, dan tolonglah kami daripada segala bencana, malapetaka, kezaliman di dunia dan diakhirat. Jadikanlah kami hambaMu yang taat pada perintahMu dan soleh dan solehah. Tolonglah kami menghadapi dugaan dan cabaran yang bakal kami hadapi dan tempuhi. ya Allah sesungguhnya segala perkara itu mudah kerana Mu dan aku yakin akan kekuasaanMu Ya Allah. Dan Kau tutupkanlah 'aib kami dimana sahaja kami berada didunia mahupun di akhirat nanti. Dan Kau tinggikanlah martabat dan maruah kami Ya Allah. Bersihkanlah hati ini yang kotor, dan ampunilah dosa-dosa kami, sesungguhnya, Engkaulah sebaik-baik penerima taubat. Ameen Ya Rabbal 'Alamin.. "
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment